Peristiwa Imo

Peristiwa Imo (Jawi: ‏ڤريستيوا ايمو‎‎), Insiden Imo,[1] kadang-kadang juga dikenali sebagai Dahagi Imo, rusuhan Askar atau Jingo-gunran di Jepun,[2] ialah pemberontakan dan rusuhan yang ganas di Seoul bermula pada 23 Julai 1882 oleh tentera-tentera Korea yang kemudian disertai oleh anggota masyarakat Korea yang tidak berpuas hati. Pemberontakan tersebut berlaku sebahagiannya kerana sokongan Raja Gojong untuk pembaharuan dan pemodenan. Pemberontakan itu juga sebahagiannya, reaksi terhadap sokongan Gojong terhadap penasihat tentera Jepun.[3] Beberapa sumber mengaitkan desas-desus khabar angin sebagai punca keganasan yang disebabkan banyak askar Korea merasa bimbang dengan kemungkinan kemasukan pegawai Jepun dalam struktur tentera baru.[2] Pencetus kerusuhan sebahagian besar disebabkan oleh tindak balas mengenai upah askar yang tidak dibayar,[4] dan penemuaan pasir dan beras busuk dalam bekalan makanan askar.[5] Pada waktu itu, tentera hanya dibayar dengan beras kerana ia digunakan sebagai pengganti mata wang.Perusuh membunuh banyak pegawai pemerintah, memusnahkan kediaman menteri tinggi kerajaan dan menduduki Changdeokgung. Mereka juga menyerang anggota diplomat Jepun di bandar itu, yang hampir tidak dapat melarikan diri dengan bantuan kapal Inggeris HMS Flying Fish.[6][7] Pada hari rusuhan, sejumlah orang Jepun terbunuh, termasuk Horimoto Reijo.[6] Perusuh juga tentera menyerang kediaman Min Gyeom-ho yang mengadakan pelantikan bersama Menteri Hal Ehwal Ketenteraan dan pegawai tinggi Agensi untuk Memberi Rahmat. Mereka juga mengadakan penghakimam awam terhadap tuan Heungin, Yi Choe-Eung dan cuba untuk membunuh Permaisuri Min malah menyerang Istana Diraja. Orang-orang Seoul yang dilanda kemiskinan dari Wangsim-li dan Itaewon bergabung dalam rusuhan itu dan Permaisuri Min melarikan diri ke rumah Min Eung-sik dengan menyamar sebagai wanita istana.[6]Ada yang menjelaskan peningkatan keganasan dengan meyalahkan dasar dan tingkah laku provokatif oleh penasihat tentera Jepun yang telah melatih Pasukan Kemahiran Khas baru sejak tahun 1881.[8]

Peristiwa Imo

Hanja 壬午軍亂
Hangul 임오군란
McCune–Reischauer Imo kullan
Perumian Semakan Imo gullan